Thursday 17 November 2016

Run back to Allah...

Nampaknya rutin nana berjalan macam biasalah,kita nak buat entry tentang apa pula ya kalini ?

okey, Nana nak tanya korang,korang pernah tak berputus asa?patah hati?or rasa macam dah tak mampu nak teruskan kehidupan korang bak kata omputeh dah tkleh nak move on lah! mesti korang pernah rasa cem gitu kan,ni nak habaq sikit,korang jangan berputus asa ye! kan Allah masih ade.Allah tak pernah putus asa untuk memaafkan hamba dia yang saban hari melakukan dosa,ade juga yang mengulangi dosa yang sama,pastu tangguh untuk bertaubat,Allah masih beri peluang,kita ni pula yang baru diuji sedikit,sudah mau berputus asa,sambungkanlah semula 'asa' tersebut,tanamkanlah semula semangat juang yang tinggi untuk terus melangkah dalam kehidupan korang!!!

   kalau korang rasa macam sudah tidak mampu hidup dah or apa-apa perasaan yang lebih kurang camtulah,cepat2 korang beristighfar ya,ingat senang ke nak tergolong dalam mereka yang masih sempat diberi prluang untuk menghirup udara di muka bumi Allah ini,Allah pilih cetain-certain hamba dia je yang masih dia nak bagi peluang untuk hidup sama ada untuk berubah or bertaubat or menambahkan amalan sebelum pulang semula ke pangkuannya,ade manusia yang tengah sakit,dia nak sembuh,dia nak selesaikan tugas-tugas dia yang sudah bertimbun,tapi sayangnya Allah masih tidak mengiizinkannya untuk sembuh.Ada juga manusia yang tengah miskin,dia nak sara anak dia makan dan minum,dia teringin nak ada duit untuk menyara keluarga dia,dia amat perlukan duit,tapi Allah tidak mengiizinkan dia untuk mempunyai duit yang bayak..Dan macam-macam lagi jenis manusia yang ada bermacam-macam masalah yang lebih besar dan lebih dahsyat daripada kita yang ada masalah yang remeh-temeh selalunya,macam putus cintalah,gaduh dengan kawanlah,cemburu tengok boyfriend dia dengan perumpuan lain lah,dan macam-macam lagi masalah masyarakat muda pada zaman ini,hanya kerana masalah-masalah sebegituje,ade yang sampai nak bunuh diri,patah hatilah,dah tak nak hidup dah,nak matilah...sanggup ke kau mati dalam keadaan macamtu?orang lain ade yang nak sembuh daripada sakit yang dokter kata dah tak ada harapan nak sembuh,mereka amat memerlukan untuk hidup,tapi awak  pula yang mempunyai harapan untuk hidup lagi lebih rela untuk mati kerana masalah yang hanya mamalukan imej agama kita..

Allah ada berfirman dalam surah adzariyat ayat yang ke-50:
maka bersegerelah(lari) kepada Allah,sesungguhnya,aku merupakan pemberi peringatan yang jelas daripada Allah untukmu.
maksudnya Allah nak suruh kita kembali kepada Allah semula,bila kita dah tak de tempat nak bergantung,berharap,berteduh,mengadu,meminta or anything,Allah suruh kita kembali semula kepada Allah sebab hanya Allah sahajalah yang boleh menyelesaikan semua masalah yang kita hadapi tu,sebab Allah yang mengkehendaki setiap masalah itu terjadi kepada kita,hanya Allah sahajalah yang mengetahui jalan penyelesaiannya.
jadi,kita tidak sepatutnya berputus asa dalam kehidupan kita,sebab di tangan Allah lah semua jalan penyelesaiannya,terpulang kepada kita untuk memilih sama ada untuk mendapatkannya daripada Allah atau tidak!nana cite pasal bendani sebab nana tengok semakin hari semakin ramai manusia yang sudah jauh daripada yang Maha Dekat dengan kita,eventhough termasuk diri nana sendiri,jadi,tuntasnya kita perlu kembali semula kepada Allah apabila kita sudah melakukan sebrang perkara yang Allah sendiri tak suka dan Allah sendiri suruh kita untuk menjauhinya,yakinlah kepada Allah dan sentiasalah bersangka baik kepada Allah.Ingat Allah sentiasa sama dengan sangkaan kita kepadanNya,maksudnya kalau kita sangka baik kepada Allah,memang itulah yang sebenarnya,tapi jika sebaliknya,maka yang sebaliknya itulah yang sebenarnya..

kalau kurang jelas,cuba baca yang bawah nie, :)

Dari Abu Hurairah ra, ia berkata : Rasulullah saw. bersabda : Allah swt. berfirman : "Aku menurut sangkaan hambaKu kepadaKu, dan Aku bersamanya ketika ia mengingatiKu. Jika ia mengingatKu dalam dirinya maka Aku mengingatnya dalam diriKu. Jika ia mengingatKu dalam kelompok, Aku  akan mengingatinya dalam kelompok yang lebih baik darinya. Jika ia mendekat kepadaKu sejengkal maka Aku mendekat kepadanya sehasta. Jika ia mendekat kepadaKu sehasta, maka Aku mendekat kepadanya sedepa. Jika ia datang kepadaKu dengan berjalan maka Aku datang kepadanya dengan berlari-lari kecil". (Hadits ditakhrij oleh At Turmidzi).

terima kasih,kerana sudi meluangkan masa untuk membaca entri nie..segala yang baik datang dari yang Maha Baik,dan segala yang buruk datang dari diri sendiri mengikut apa yang telah ditetapkan oleh Allah..


                                            



















Friday 14 October 2016

Allah is with me

Alhamdulillah,thanks Allah for simplified my examinations.Although,it was difficult for me,
I know that you will make it the best,so I will stop worrying the result...

Assalamualaikum, jujur ingin aku katakan bahawa kesusahan menjawab kertas pt3 itu diikuti dengan kemudahan..kerana Allah befirman dalam surah as-syarhu  bahawa di sebalik kesusahan itu diikuti dengan kemudahan..ya,memang tidak dapat dinafikan aku merasakan kesusahan...namun yang amat menyedihkan itu apabila yang aku rasakan ia senang namun ternyata apa yang aku jawab itu salah,namun begitu aku bahagia,kerana Allah masih bersama aku,aku ingin sekali katakan dan ucapkan syukur kerana dikurniakan Allah iaitu tempat mengadu kasih dan memohon segala yang aku pinta,walaupu  ada waktu tu aku rasa dah teramat down,aku bangkit kembali untuk peperiksaan seterusnya..
kerana aku yakin Allah tidak akan menyia-nyiakan setiap usahaku diikuti dengan doa aku,kerana aku yakin itu,aku akan tetap Redho dengan ketentuannya, banyak mana pun aku tersalah jawab,banyak itulah aku bersyukur kerana semua itu adalah ketentuan Allah yang amat aku yakin terselit hikmah-hikmah yang tidak sesiapa tahu,ouh Allah,give me the best! usaha aku telah selesai kerana peperiksaanpun sudah berakhir,namun aku masih punya senjata yang kuat sekarang ini iaitu doa,aku amat yakin bahawa doa itu bisa mengubahkan segalanya,aku sudah penat dengan merasakan takut dan risau untuk mengambil keputusan,Aku Reda...aku cuma akan terus berdoa salagi aku punya kudrat untuk meminta yang terbaik untuk masa hadapan hidup aku..untuk kawan-kawan yang sama baya dan sama dewan peperiksaan dengan aku,aku doakan yang terbaik untuk kalian semua,semoga kita semua berjaya,jangan berputus asa untuk berdoa ya kerana Allah s.w.t juga  tidak pernah berputus asa untuk mendengarkan doa kita semua...jadi,serahkanlah pada yang maha menentukan iaitu Allah,kerana Allah akan menghadiakan dengan sebaik-baik keputusan  untuk kita semua!

bittaufiq wannajah!!!

                          Hasil carian imej untuk tawakkul quotes



why don't we obey Him?

  Assalamualaikum ya asdiqo'i! uhibukum jiddan! for today,I want to share to my readers about human.As we know,we are a human being righ...