happy new year everyone!sorrylah dah lama tak update,sebulan kot tak update!,bukan tak tahu nak update ape,tapi tak tahu nak mula dari mana,nana actually nak share dekat korang pengalaman sepanjang berada di negara asing haritu!al-maklumlah first time pergi negara omputeh,syukur juga dapat pergi,yang tak pergi lagitu nanti dapatlah tu pergi,rezeki Allah datang dari bermacam cara,so,jangan sedih!
So haritu nana ade pergi negara omputeh ni apalagi kalau bukan negara omputeh yang paling dekat dengan malaysia iaitu Perth,Australia.Nana pergi waktu summer tapi still sejuk cam winter, lagi2 waktu malam dia.Nana pergi 6/12 sampailah 12/12 dalam seminggu jugak lah.so feedback yang nana boleh bagi ialah,sangat memuasakan dan nana kalau boleh nak stay terus dekat aussie,tapi nanti sape yang nak tolong amekkan result pt3 kan?pastu sape yang nak buat lawak lagi dekat kengkawan sume an hehe.pelawak lah sangat pedehal hambar je lebih π
So nak citerlahnie,nana pergi dengan family.so semuanya dalam 7 orang lah.kitorang naik malaysia airlines,sebab adik2 semua request nak tengok movie lah itulah inilah,dorg ingat ayah kita cop duit ke ha,dah dapat sampai australia pun nana dah bersyukur dah,tak kesahlah naik kapal terbang apa pon,yang penting ade transport,kan? Tapi sebab semua nak naik mas,akhirnya naiklah mas airlines.perjalanan ambil masa dalam 6 jam,waktu tu flight pukul 7:45 malam,pastu kitorang sampai airport dalam kul 5 lebih lah,kira lewatlah tu,then kitorang pun sesiap semua check in beg lah,itulah,inilah...pastu lepas habis solat maghrib ngan isya' jama',kitorang terus bergerak menuju ke pintu masuk untuk naik kapal terbang,lepas dah masuk kapal terbangtu,nana duduk dengan kakak nana,so,kira okeylah sebab tak duduk dengan orang yang tak dikenali,start2 je perjalanan,waktu yang paling best ialah apabila kapal terbang nak mula berlepas,waktutu cam happy gila,nana sebelum-sebelum nie kalau naik kapal terbang je,benda yang paling nana excited adalah bila kapal terbang nak mula berlepas,waktutu muka ni kalau boleh nak tembus tingkap je,haha,over SangaT..nana akan pastikan nana dapat seat hujung supaya dapat tengok tingkap,tapi waktutu gelap,dah namapun malam kan so apapun tak nampak,haha,tapi seriouslah best ! laju gile! jantung berdegup dup dap dup dap tapi nana bukan takut dengan pergerakan jantungtu sebab waktutu nana kalau boleh nak pausekan waktu jap,macam over je!!so start2 je perjalanan nana memang takde mood langsung nak tido,akhirnya nana pilih untuk tengok movie,nana tengok citer philiphine,best lah juga citertu,pastu adelah pramugari hantar makanan untuk dinner,nana pun makan jelah sampai licin sebab waktutu memang sangat lapar,pastu nana dah mula rase nak tido,citer filipin tu pun akhirnya terbengkalai sebab nana punya mata dah tak dapat hadam situasi dalam cerite tu,mengantuk sangat lah!pastu apalagi tidolah,baru nak tido,ade baby nie menangis kuat gile,nana rase satu flight tu dengar kot,mesti mak dia dah mula risau,nana pun akhirnya tak dapat tido,suara baby tu semakin lama semakin kuat,nana pun cam takde mood dah nak tido,akhirnya nana baring jelah.
Lepas beberapa jamtu,dengarlah annoucement yang kapal terbang bakal mendarat,
so nana pun tengoklah tingkap,wah!!!!!masyaAllah!! Cantiknye perth niee!!! Yang tu first impression nana bila nana tengok perth ni daripada tingkap.nana dah mula happy!!hehe,waktu keluarje daripada kapal terbang,nampaklah mamat2 salleh dan minah2 salleh,haha,hensem dan cantik tu memang tak dapat nak dinafikan,ciptaan Allah tak pernah tak cantik,so nana pun dah mula biasakan lidah dengan english language,nana suka bahasa inggeris,so nana pun dah mulalah acah2 cakap dengan keluarga pun bahasa inggeris supaya nampak cam orang inggeris sikit,diorang tu pula jawab dalam melayu,spoil betul bila orang tengok kan dah terkantoi baru je nak ajet-ajet orang inggerus gak!haha,pastu bila sampai je dekat kota perth,waktu tu dalam pukul 2 pagi lah,adzan subuh dekat perth dalam pukul 3 lebih,so kitorang pun rehat2 jap,tidurlah dalam satu jam sebelum masuk subuh,then kitorang pun ambil kereta yang telah disewakan untuk digunakan selama seminggu dekat perth!lawa-lawa kereta dekat sini,warna keretatu warna merah,memang cukup ada 7 seat,kitorang dibekalkan GPS sekali(tapi kena bayarlah),kitorang pun carilah masjid guna GPS,akhirnya jumpalah satu masjid ni nama dia masjid Al- taqwa,so nampak
ah ramai orang islam yang baru habis solat subuh,cuaca waktu subuh kat sana sama macam cuaca waktu subuh kat sini,namapun subuh kan memanglah same!so ade sorang pak cik ni yang nampak kitorang,so dia mungkin fikir kitorang ni first time datang kot,so dia yang guide kitorang,dia tunjukkan tempat solat lah,tandas semua tu,then habis solat subuh tu kitorang pun pergi jalan2 kat sekitar kawasan tu,serious scenery dia lawa gila,cuaca waktutu dah macam pukul 8 pagi dekat malaysia dah padahal kat sana baru je pukul 4 pagi,cuaca dah mula nak cerah,sebab waktu nana pergi nie musim summer so siang lebih panjang lah dari malam!lepas dah jalan2 tu,kitorang pergi dekat satu mall ni,beli sayur,buah,biskut2 menarik,tapi semua bendatu kena cek ingredient dia dululah,takut2 nanti ade benda2 yang tak diperlukan,pastu cari
tempat halal untuk beli ayam pula untuk masak kat apartment nanti.
pemandangan sekitar masjid al-taqwa
waktu kitorang pergi ni pagi-pagi dalam kul 7 camtu,so banyak lagilah tempat yang tak buka.. |
ni suasana dalam market tu,lawa kan
ni salah satun kedai halal yang kitorang jumpa
waktu nie adik nana kata"eh kak nana,ambil gambar mael jap"as a sister,layan jelah
First day tu kitorang keluarkan barang- barang dalam luggage dan kemas kat dalam almari ,pastu rehat2 jap,then nana keluar and tengok pemandangan dari balkoni dia,ade swimming pool yang sangat lah besar dan advance sangat!nana waktutu fikir dalam mimpi,tepuk pipi siket,rupanya nyata!bukan jakon ok,cuma nana tak sangkalah apartment dia akan seperfect nie!
Ni pintu besar untuk masuk apartment nana,secure gile!siap ade remote lagi kalau nak buka pintu pagar dia!pastu dia guna kad untuk touch! |
ni pemandangan dari luar apartmen tu....
so nilah bilik nana,ni meja belajar dia,ya Allah rindunya!!! waktu nie first night dekat sini!
mesti korang pelik an nape nana nak kena pakai sweater bagai padahal dalam apartment je pun,sebab sejuk gile,nana bukannye tak tahan sejuk tapi sejuk tu yang tak tahan nana daripada terus memakai sweater nie,k,dah merepek...oh lupa muka nana pun sejuk so nana tutup dengan mask muka yang boleh tutup muka nana sepenuhnya,tak caya sudah...second day tu kitorang pergi perth zoo!!sampai2 tu nampak budak2 kindergarten dari dua tadika,nana punya tugas dekat sana adelah pegang kamera kehulu kehilir,so kamera mainkan peranan,budak2 comelkan,so tangkapalah gambar diorang,tak delah malu sangat sebab budak2 an,pastu tetiba nampak pula satu rombongan sekolah ni,tengok pun tahu ni mesti budak2 sekolah menengah ni,kalau kat sini panggil High school student,so waktu tu nampaklah budak2 yang mungkin sama baya ngan nana an.so waktu nak tangkap gambar tu,tak jadi,malu gila!yelah mestilah malu! Nanti diorang fikir kitorang ni semua hadap sangat ngan dorang sampai nak tangkap gambar bagai,so nana pun tak jadiLah tangkap,nak pandang pun malu2,nikan pula nak tangkap gambar,haha!!akhirnya masuk lah dalam perth zoo,besar gila zoo dia,lenguh kaki berjalan,ade satu tempat tu,kitorang nampak balik budak2 high school tadi,diorang macam dipecahkan mengikut kumpulah lah,baru tau yang dorang tengah buat cam explorace lah lebih kurang,pastu mak nana pergi dekat satu group ni,setiap satu
group ade satu cikgu yang jaga,so mak nana tanya dekat budak2 tu dalam bahasa inggerislah,mak
nana tanya dorang dari sekolah mana,pastu buat apa,mak nana seorang guru kaunselor,so memang
peramah everywhere terutamanya dengan student2,nana ngan kakak semua tengok jelah,pastu mak nana sembang dengan cikgu dia pula,lama betul depa sembang,nana rase dah penat dah tunggu an,so dengarlah perbualan dorang,rupanya mak nana nak gi lawat sekolah dorang,so waktu tu dah start happy ah,sebab ade kesempatan lagi dapat jumpa ngan budak high school,tapi rupa-rupanya waktu gi lawat nanti takde student sebab dorang akan pergi lawatan,hmm,tengok sekolah dorang pun jadilah ,tapi kitorang akan pergi lawat sekolah dorang waktu last day nanti,hehe.pastu waktu tengah jalan-jalan tengok binatang2 dekat zoo,mak nana cakap,"ehh tadi budak2 tu semua kawan youlah"(kitorang memang panggil you) hehe...pastu nana pun cam pelik an"apesal kawan nana pulak" pastu mak nana cakap yang dorang tu semua sama baya ngan nana,cikgu tu bagitahu yang dorang baru habis exam so bawalah dorang jalan2 kat sini..ouhh baru nana faham,cam tak caya gak ah,sebab ade yang tinggi2 rupanya baru 15 tahun hehe.
kangaroo banyak yang tengah tido waktu ni,geram betul,koala dia pun tidur,nana suka satu binatang ni,nama dia quokka,comel gila,kat malaysia pun takde binatang nie,rasenya binatang ni takut sangat dengan manusia,baru dekat sikit je,dah lari! Geram betul,dia lari pun comel sangatπ.
ni entrance nak masuk perth zoo!
ni budak-budak kindergarten,waktu ni diorang tengah nak beratur sebelum masuk zoo
waktunie actually nak buat video,pastu tetiba nampak pula budak-budak kindergartenni,so diorang pun dah terjoin sekali dalam video tu.. sume muka chomewl gile..
yang ni pula budak another kindergarten,baju putih,seluar hijau..waktunie diorang excited sebab baru nak masuk dalam zoo...
yang ni pula budak sekolah menengah,diorang buat kajian apatah kat sini,yang baju merah pegang payung tulah cikgu diorang..
waktu tengah beratur nak masuktu,nana ternampak dua beradik nie,cute sangat!ayah diorang waktunie tengah sembang dengan penjaga zoo!
waktu tengok diorang tengah khusyuk belajar, nana rasa macam nak tanya ni sekolah ke zoo?haha..
nana saje je action nak tangkap gambar dorang waktuni,sekali nampak perempuan tu tutup muka dia ,nana pun macam nak tergelak juga lah ,pastu waktu nana dah tangkap gambar,nana tengok balik gambarnie,baru nana perasan yang budak laki sebelahtu sebenarnya dia pandang kamera tapi mata tertutup..haha..
bestkan kalau belajar macamnie.haha,nampak je panas,sebenarnya sejuk!berangin lagi!
mak nana sembang ngan cikgu sekolahtu,waktunikan nana rasa macam pergi sekolah,bukan pergi zoo,yelah sebab nampak budak-budak sekolah ngan cikgu-cikgu dia..pastu spend waktu lama juga tunggu mak nana sembang-sembang nie..
cikgu dia sampai sanggup calling-calling dengan kaunselor sekolahtu semata-mata nak buatkan appointment!sedangkan nak kena layan budak-budak sekolah dia lagi waktunie..
ni dataran dekat dalam zoo dia,boleh bayang tak besar mana zoo dia!ni belum tengok apa-apa haiwan lagi..lenguh gak kaki jalan..
jauh juga lah nak berjalan dari satu tempat ke tempat yang lain..
bayang-bayang
family picture sat,waktunie nana malas nak tangkap gambar dalam phone,nana cakap nak jadi photoghrapher je,tu yang kakak nana keluarkan monopod tu,haduh...
akhirnya inilah hasilnya,terpaksa juga masuk gambar guna monopod!
waktu nana tengah jalan-jalan,nana nampak ada budak comel nie,dia pandang nana,so nana pun pandang lah dia,comel sangat!dia excited kot sebab nana pegang kamera,
tu yang mata tak berkedip,pandang je!
penunjuk arah everywhere!tu yang tak sesat-sesat tu....
bagilah can!bila tengok gambarnie balik,macam jungle treaking pun ade..
ouh miss this place so much!
s
mata dah tertutup pula dengan mask hijau nie!
ni kangaroo yang tinggal atas pokok
cuba teka apa nama dia nie?
geram betul dengan kangaroo nie,orang nak tangkap gambar dia,dia boleh pula tido,siap berposing lagi tu!kuang asam betollah!
Akhirnya setelah penat berjalan,tangkap gambar sana sini,kitorang pun nak balik lah,kat sini sebenarnya,tak nampak orang melayu sangat,banyak nampak orang inggeris jelah!akhirnya kitorang pun keluar,lepastu pergi solat zohor dekat Masjid yang paling terbaru dekat Perth,,nama masjidtu masjid ibrahim,memang masjid tu lawa gila lah,memang high class punya masjid,daripada luar nampak cam biaseje,rupanya kat dalam dia macam hotel..
ni bahagian perempuan,belum tengok lagi tandas dia,tempat lelaki dia,pastu ade banyak lagi,tak discover sangat,tak sempat sebab nak kena cepatkan!memang lawa!besar dan luas,pastu bersih!konfem selesa untuk tunaikan ibadah!
Then kitorang gi makan tengah hari kat luar,cari tempat halal tak delah susah sangat,tapi kena mencari jugalah!so lepas dah makan semua pergi pula dekat Kings Park &Botanic Garden,park dia sangat besar,luas dan cantik,tengah-tengah tangkap gambar kakak kita yang duk posing2,tetiba tenampak pula satu wajah yang boleh dikatkan familiarlah juga,penyanyi wanita inggeris,sape lagi,katy perry lah,mentang2 lah scenery kat tempat tu lawa,siap ade camera man bagai lagi,pastu ade orang betul2 kan dia,dia pakai dress warna hitam,waktu tu kakak kita yang sorang lagi
tu datang pastu cakap "tu macam katy perry je" pastu nana pun jawab "tulah," nana malulah nak
pandang sangat an kat sana sebab ade camera man tu cam pandang2 sini pula an,so nana akhirnya
cabut jelah,pergi tempat lain pula..
kings park I'm in love!
with my beloved sisters!
nana selalu jadi camera woman untuk kakak nana yang nie!
will keep you in my heart!<3
lepastu kitorang pergi The BellTower,sejuk giler,angin dia kuat
macam ombak,nasib baik tak terbang pergi negara orang lain,
setelah seharian berjalan pergi macam2 tampatlah juga,pergi parliment berdebat lah,itu.ah,inilah,maka kami pun buat keputusan untuk pulang ke apartment balik.
parliment of western Australia!
Malamtu kitorang jalan2 sekitar apartment kitorang jelah,kitorang pakai baju sejuk pun masih sejuk lagi,akhirnya masuk apartment balik dan rehat2.
jalan-jalan dekat kawasan sekitar apartment waktu malam!
hari ketigatu kitorang pergi lawat bandar fremantle,macam2 tempat menarik ada dekat sini,kitorang parking kereta,pastu jalan kaki dari satu tempat ke tempat yang lain,tempat ni dekat sekeliling laut je,so jarak antara satu tempat ke tempat yang lain tu tak adelah jauh sangat,anatara tempat yang kitorang pergi,
fremantle Prison,WA Mariteme Museum,shipwreck galleries,The roundhouse,dan macam2 tempat menarik lagi,akhirnya lepas dah menikmati keindahan-keindahan yang Allah ciptakan, kitorang pun pergi makan tengah hari,lepastu kitorang pergi masjid untuk solat Jumaat,,al maklumlah ayah ngan adik nana kena solat jumaat,jadi kitorang tunggulah dalam kereta dulu sepanjang solat jumaat,habis solat jumaa tu,lepas semua lelaki beransur pergi,kitorang pon solat zohor,lepastu baru nana tahu rupa2 nya kat sini,perumpuan ngan laki pon solat jumaat,pompuan kat atas,laki kat bawah,pastu satu lagi benda baru yang nana tahu,diorang ade buat second round solat jumaat dengan khutbah jumaat sekalilah ,kiranya untuk orang2 yang terlambat ataupun tak cukup ruang untuk solat..memang bagus betul masjid nie.,
ni fremantle beach,nama dia panjang tapi nana cuma ingat fremantle beach je..
lawa kan?bersih kan?tak dapat nak dinafikan!
fremantle beach!
adik-adik penat ke menunggu !
nama bangunan belakang ni The Roundhouse!
inilah dia kidgo arthouse!
ni lah dia Shipwreck galleries,kat sini banyak menceritakan tentang kapal laut..
haus sangat dia nie!
ni dalam Shipwreck Galleries!
bagilah masa adik nak bersyok sendiri jap an!
Western Australia Maritime Museum!
ni dalam Western Australia Maritime Museum
banyak sejarah yang terkandung disini,haha,namapun museum kan!
nak tahu apa bangunan belakang nana nie,inilah dia Fremantle prison!!
PENJARA!!!
entrance nak masuk penjara!
inilah dia sebahagian daripada apartment kitorang!
rumahku syurgaku!hehehe
Hari keempattu,kitorang pergi dekat suburban,nak pergi situ ambil mase 1 jam lebih gak ah,pastu kitorang pergi lancelin sand dunes,serious best gile kat tempat nie,pasir dia serious sejuk giler,macam salji.tempat dia lawa pulaktu,nana memang rase macam tengah berlakon dalam tv,rupa2 nya tengah syok sendiri,terlalu over,hehe,subahnAllah lawa sanagt ciptaan Allah.lancelin sand dunes terletak sekitar lautan hindi,sebabtu tulah sejuk giler,nana sebenarnya ade satu misi singgah lautan hindi,ape lagi,nak cari MH 370 lah,tapi tengok lautan tu pun dah tak sanggup nak teruskan misi,akhirnya misi
nana terkubur begitu sahaja,lautan hindi, Bye Bye!!!
sepanjang perjalan 1 jam tu,rupa2nya berbaloi jugak,scenery sekeliling dia lawa2!
inilah dia Lancelin Sand Dunes!!!
inilah kereta nana!yang berjasa sepanjang nana berada dekat Perth!
hahaha,kereta nana lah sangat!pinjam je lebih!tapi siyes rindu kereta nie...
pasir nie sejuk gile! best! acah2 'kuch kuch hota hai ' jap
sebenarnya dekat hujung belah belakang tu,kalau korang naik lebih atas,korang akan nampak lautan Hindi yang sangat dalam dan menyeramkantu yet sangatlah lawa!
nampak kan yang berbukit-bukit atastu,ha korang kena jalan atastu and turun belah belakang untuk menyaksikan lautan hindi dari puncak lancelin sand dunes!
Lepastu,kitorang pergi dekat swan walley. Then pergi dekat chocolate factory,memang best giler,tak pernah jumpa chocolate factory camtu,dia siap tunjuk lagi mana halal,mana haram,sebab dia tahulah kita orang islam,pastu ade tempat untuk taste coklat lagi,sesiape je boleh makan,ape lagi,kita perlu menggunkan peluang yang ade,nana pun ambillah coklattu,mula2 tengokje sebab takut tak halal,pastu orangtu cakap
yang ni halal,so mestilah kita akan terus makan,,haha,,sedap sangat!!rase nak makan semua tu
je,,haha..
jangan menyia-nyiakan peluang yang ada untuk merasai coklatnie,sedap gile!!!!free kot!!ni teaster kot! nana rasa nana yang paling banyak ambil,sampai 3 round,orang lain semua dah beli dah coklat tu,kitorang pula beratur lagi,haha!yang lain beratur sekali je,nana yang lebih2!hahaha,rezeki kot!
lepastu kitorang pergi caversham wildlife park,kat sini kitorang dpat bagi makan dekat
kangaroo,kangaroodia dibebqskan dan berlambak,memang comel gila kangaroo dia,lemah lembut sangat,pastu kitaorang pergi pegang koala,memang tempatu tempat untuk tangkap gambar dengan
koala dan kalau nak peluk koala pon bolh,best kan! Pastu tengok anak penguin yang jalan tergedek-
gedek,comel sangat! Kat sini memang jumpa orang melayu ramai sangat,macam tempat orang
Malaysia pula!!
Caversham Wildlife Park!
nak tangkap gambar dengan koala nie kena beratur panjang gaklah,untuk pengetahuan korang,koala ni haiwan yang paling lambat bergerak!so tengok sekali "eh ni betul- betul ke patungnie"
janganlah malu2 pandang kamera!
banyak gile kangaroo kat sini!korang pilihje nak yang mana!
kangaroo kesayangan ku!
comelnyee anak penguin nieee,serius comel sangat!
feeding kangaroo is the best job here!kangaroo tu akan makan kat tangan kita!tapi just rasa geli2 je,dia tak gigit,dia sangat jinak!
love this animal! comel sangat!
Quokka ni satuje kelemahan dia,dia takut manusia!so datang dekat sikit dah lari..
dahlah dia tak bebas macam kangaroo!
lepas dah solat dan makan,kitorang pergi xtrme ice arena,tengok
orang main ice skating,tapi lain sikit daripada kat malaysia,kat sini dia lebih sejuk,kitorang tengok satu pasangan ni main ice skating, kelakar gile,laki tu nak terjatuh,pastu dia tolak isteri dia sekali,pastu dua dua terjatuh,semua orang gelakkan dorang,ade yang siap rakam lagi,kesian diorang,tapi dorang pun ketawa terbahak-bahak,salunya banyak pasangan nak beromantik kat sini sambil main ice skating.haha,sebenarnya nana bosan tak tahu nak tengok sape main ice skating,sekali nampak satu pasangan muda ni tau,biasalah darah mudalah an,nana rasa dorang ni memang lawak betul,takdelah,haha,ice skating tukan tempat semua orang boleh datang n tengok,diorang ni pula pegang tangan je memanjang,kat situ nana rasa diorang je pasangan yang sedang hangat bercintalah katakan,sebab yang lain macam budak-budak ataupun orang yang main sorang2,tkde pasangan!haha,biarlah,hidup diorangkan! ...geli hati nana tengok,laki tu nana rasa dia orang inggeris,perempuantu macam orang cina pun ada gak,ramai orang kat sini yang nana tengok dia suka berpasangan dengan orang yang lain bangsa!nana rasalah,tak tahulah kalau salah!lama2 tu nana dah menyampah,pastu tengok budak2 pula main ice skating,comellnyeeeeee!!jangan tanya kenapa nana tak main?haha,nana tak pernah try main pon,lagipun fikir gak lah duit tu,takot nanti tak berbaloi je,sebab tak pernah belajar main lagi pon!
Xtreme Ice Arena!
,petangtu,, habis solat asar,kitorangpun mandi swimming pool dia,masuk air dia,Ya Allah,serious tak tahan giler,sejuk sangat!! Rase macam dalam salji,pastu terbeku,menggigil,kakak kite yang sorang lagi tu tak masuk,tangkap gambar bagai,adehh!adik2 nana semua tengah seronak mandi,nana rase cam dorang ni takde deria sejuk je,dorang kata biase jelah,nana terus keluar dari kolam ngan kakak nana sorang lagi,kitorang tak tahan sejuk,pastu rancang nak balik apartment balik,tetiba nana ternampak satu kolam kecill ni,nana pun try nak rase air dia,mana tahu panas ke,kakak nana kata tu kolam untuk budak kecil,nana rase air dia ,rupanya air panas,apa lagi terjunlah kat dalam tu,serius heaven gila sebab tadi tak tahan sejuk,sekarang panas,so dah suam lah badan!memang best gilos!
ni swimming pool dia yang besar!
muka tak tahaan sejuk!
ni pula kolam air panas!
Malamtu kitorang keluar jalan2 kat sekitar kota perth..memang lawa sangat kota dia tambah dengan angin malam yang sejuk,macam dalam drama,tudung terbang kesana kemari,yang paling best bila terlalu dekat sebelah orang indonesia ni pastu dengar dia cakap 'ini baru perth namanya'..sebab windy gila masatu...so dorang pun macam happy gile je nana tengok!
ni dia kota perth atau Perth City!ni baru 3% je dari Perth City haha,nama pon kotakan,mestilah besar!
Hari limatu kitorang pergi penguin island,tak masukpun sebab penuh,so just tengok2 laut dia je,kakak ngan adik-adik dah mula dah buat drama hindustan,buka kasut,main pantai pastu angin yang kuat nye lagi,warna laut dia serius lawa cam drama hindustan sangat! Haha,warna biru yang betul2 biru laut,so kitapun tangkap gambar depa mandi semua,syarat dia jangan basahkan baju,sebab tak bawa baju spare,so dorang boleh mandi kaki jelah..kite tak mandi just main pasir dia
je,lepastu,kitorang pun pergi lah megabes,tempat yang orang salu pergi untuk beli souvenier dan
macam2 lagi,lepastu nanarupa-rupanya tutup sebab kena buat appointment dulu kalau nak dtang,so
call lah nombor yang dia kasi,buat appointment esoktu.lepastu kitorang pergi watertown brand outlet,tempat-tempat beli barang2 seperti baju2 dan macam2 lagi,tempat dia besarlah macam shopping mall yan besar2.. Lepas dah beli baju2 semua,kitorang pun balik apartment,sebab dah nak dekat maghrib waktutu..so balik apartment,solat semuatu,then malam tu dah start pack barang2 yang kitorang dah beli,pastu kemas2 siket barang,malamtu satu2 nye malam yang nan tidor awal sikit sebab nak bangun awal,hehe,..
miss this apartment so much!
Di sinilah tempat nana buat kajian untuk pergi tempat2 yang best!haha
semangat sangat ambil gambar sampai hoodie terjatuh!
lepas pergi penguin island,kitorang singgah murdoch university,tapi tak leh masuk lah,just ronda2
bangunan dia!serius lawa universiti dia!
Then kitorang pergi jumpa swan,itik dan apatah nama yang laintu dekat tepi valley,banyak betul swan dekat sini,kitorang kasi dia makan gajus,kebetulan waktutu ada gajus dalam beg,dia makan dengan seleranya!mentang2 makanan high class!hahaha..yelah gajus mahal kot,tapi sebab kesian,kasi jelah.
lupa nak cakap,kat sini train dia dekat atas jalan raya!dekat bahagian tengah jalan raya,tempat train lalu..
MASJID AL-TAQWA!!!
masjid yang telah banyak berjasa sepanjang keberadaanku di sini!
Actually,we use to go here in certain prayers..
kitorang selalu makan dekat kedai yang warna kuning belakang tu!
best food!
Last day dekat perth tu merupakan first time kitorang tengok hujan dekat Perth,selamanie sejuk2 pun tak pernah samapi hujan,haritu,memang hujan,memang double tripple ejuklah citernyee.kitorang pun naik kereta dan siap2 untuk pergo dekat high school tu nama sekolah dia LA SALLE COLLEGE,nama dia kat sini rupanya college,so sampai2 je entrance nak masuktu,wauuu!!besarnye sekolah dia,memang lawa sangat sekolah tu,memang kreatif betul orang putih buat sekolah,so nana pun cepat2 keluarkan kamera.Akhirnya kitorangpun decide berapa orangje yang nak keluar,sebab takkanlah semua orang nak keluar,so akhirnya mak,nana ngan kakak nana je yang keluar,kitorang pun masuklah satu bilik nie,pastu mak nana pun cakaplah ade buat appointment semua tu,pastu orangtu
kasi kitorang satu tag camtu,pastu kat tag tu tulis ' visitor',so kitorangpun masuklah,mak nana rupanya buat appointment dengan kaunselor sekolahtu,so nak share somethinglah antara kaunselor2,mana tahu boleh dapat ilmu baru ke,so nana duduk luar je,tak masuk dalam pejabat dia,nana jalan2 tengok classroom dia,serious rase cam nk pindah sini,tapi lawak ape an,kelas dia lawa,kerusi dia warna warni ,dia buat kita intresting untuk belajar,enjoy untuk belajar, rase semangat untuk menimba ilmu,pelajar dia ada 1400 orang,tengah2 tengok2 tu,tetiba nana dengar suara bising2
kat kawasan luar,rupa2 nya nana nampak student2 dia tengah bawak beg,toto camtu,bawak barang2
macam nak pergi travell,diorang jalan2 dalam rombongan camtulah,diorang happy giler,siapa tak
happy an pergi lawatan camtu,memang enjoy lah dorang an..sepanjang nana berade dekat sekolah tu,mesti adeje cikgu2 dia ataupun staf2 dia yang lalu pastu cakap 'morning' ,nana rase bendanie sangat lain dekat malaysia ,akhlak orang putih lebih baik bagi na lah,bayanglan,diorang bukan kenal
nana pon,tapi,diorang lalu n cakap'morning' rase macam setiap orang yang lalu cakap camtu,nana pun jawablah'morning too' bibir diorang tak lekang dengan senyuman,keikhlasan diorang sangat nampak,hubungan antara seorang guru dengan murid sangat rapat macam ibu dan anak,nana dapat rasakan perbezaan yang ketra antara kita dan mereka,so no wonderlah kenapa ramai orang putih lebih hebat dan cerdik,kerna akhlak mereka dan sikap mereka,sikit je kesalah yang dorang buat terus cakap sorry,kalau kita,nak cakap sorry tu tunggu bertahun-tahun,silap haribulan hari raya baru nak minta maaf,walaupun nana duduk sini tak lama,tapi nana nampak banyak perbezaan yang ketara di antara penduduk sini dan penduduk kita,nana sangat salute dengan orang putih yang sangat berdisiplin,sori keluar topik sikit,nana cuma nak cerita yang dekat sini,contoh kalau tengah traffic light,waktu tu kereta kitorang belakang satu kereta nilah an,waktutu jalan raya memang kosong gile,tapi disebabkan warna lampu isyarat merah,kereta depantu tunggu je,lama gila dia tunggu walaupun sebenarnya takde keretapun dekat tempat dan selekoh2 yang lain,ni baru satu je contohnye,memang diorang lebih berdisiplin,..balik pada cerita kat sekolah ni tadi,lepas nana tengok dia punya classroo,nana pun tengoklah tempat berenang dia,serius lawa macam tempat berenang olimpik gitu,memang bestlah siap dapat belajar berenang lagi,pastu nana tengok poster2 pelajar2 yang berjaya dari setahun ke setahun mesti meningkat,meningkat mendadak pulaktu bilangan pelahar yang berjaya tu,memang patut lah sebab diorang bukan macam kita asyik tukar2 silivers pelajaran je,sekejap itu,sekejap ini,cuba kalau belajar A level ngan O level,macam doranglah,kan senang,takde PT3 semua tu,teringin sangat nak belajar sini.tapi mak nana kata kalau nak belajar dekat universiti kat sini mahal,so better nana kerja kat sini,mak nana kata dia doakan nana kerja kat sini,hehe,,happylah mak doakan
camtu..lepas dah discover tempat2 kat sekolah nie,kitorang pun pergilah dekat megabes beli souvenier semuatu,barang2 kat sana murah2 belaka,sebabtulah banyak orang sugestkan pergi sana..lepastu kitorang pergi tengok farm2 buah2an ngan sayur2an kat sini.memang menjadi sangat tanaman2 diorang,buah anggur dorang banyak menjadi..strawberry,mango,epal dan banyak lagi lah..
Pastu kitorangpun packing2 barang semua,nak check out dari apartment,lepastu lepas dah checkout,kitorangpun pergilah dekat masjid taqwa,rehat2 lepas solat kat dalam masjid,lupa nak cakap dekat dengan masjid taqwa ni ade satu kedaini,nama dia kedai Haii,kat sini jual nasi arab,kitorang memang salu makan kat sinilah,nasi dia memang sedaplah...lepas dah makan semuatu,kitorangpun pergilah dekat airport,waktutu dalam pukul 10:30 malam,flight kitorg pukul 2:25 pagi,so memang awallah kitorang sampai kalini,lepastu kitorang pun duduklah kat airport,pastu check in semua ,waktu tengah duduk2 tu,nana nampak ade macam 1 rombongan ni budak sekolahlah,ade yang sekolah rendah ngan sekolah menengah lah, dorang orang australia lah,diaorang rupanya nak pergi thailand tapi transit kt kuala lumpur,so nanapun macam tak tahulah dorang akan happy tak lawat kuala lumpur,kebetulan waktutu,temapat duduk dah penuh tau,hanya ade satu seatlagi sebelah nana,pastu ade lah sorang laki ni,budak sekolahlah,nana tak pastinsekolah menengah ke renadah,tapi tingilah dia ni,nana waktutu takut kalau dia duduk sebelah nana,nana mesti tak selesa punyalah an,pastu tetiba dia duduk sebelah nana an,pastu nana ape lagi,macam jauhkan sikit lah,adik nana kat sebelahtu dah tergelak dah,pastu kakak nana pula cakap,'buat macam biasejelah,takyahlah nak over sangat' nana pun acah2 lah teengok instagram guna ipad an,pastu ipad tu kan besar,nana perasan dia macam intai sekali tengok ipadtu,nana macam buat tak layan,pastu nana lama2 tu dah biase dahlah,sebab nana rase dia macam tak matured sangat,bising gile!!! Dia cakap dalam bahasa inggerislah,,'this is my first time ever' nana rase dia baru first time nak pergi thailand lah tu,lawak betul,sebab dia macam kelakar sikit,nana tahanje gelak,pastu waktu nak berpisah ngan mak ayah dia
dahdiapun peluk2 mak dia pastu cakap someting..nana rase dia dengan kawan2 dia yang lain tu
memang kelakar giler,diorang cakap macam nak satu airport ni dengar,serius macam budak2,mungkin sebab dorang happy sangat kut dapat pergi bertukar angin kat negara orang..ππ
nampak x tingkap tu ada titisan hujan!
inilah sekolah dia,lawa dan besar!tak tunjuk lagi car park dia!siap ada khas untuk murid sekali!
ni entrance nak masuk tempat renang dia!
tulah tempat renang dia! cam adventure kan! ala-ala olimpik!
Apabila dua orang kaunselor bertemu? yang baju coklat tu kaunselor sekolah nie!
friendly teacher!
bincang apatu?nak join sekali boleh?"takkan ramai sangat nak masuk sini!"so duduklah dekat luar office,hehe.
bila dah penat tunggu perbincangan antara kaunselor2!haha
Megabes products never disappointed Me!!
acah pakai purdah!!haha,lavendar everywhere!
ni dekat perth punya airport,muka je nampak excited,hakikatnya sedih nak tinggalkan tempatnie!
"I leave you here!don't forget me!"...to: my car!hahah
Akhirnya sampailah masenye untuk naik flight,tunggu punya lama gile,delayed beberape minit jugak ah,dahlah waktu cek beg tu,first time tak lepas,second check baru lepas,stress betul,rupanya sebab terlupa keluarkan rexona,adeh,camnelah boleh lupa,adik nana lagi lawak,second check pon tak lepas,rupanya dia tak keluarkan macam2 perfume dia bawak! Akhirnya orangtu yang cek one by one barang dia,lamalah tunggu waktutu,naseb baik nana lepas kejap je,pastu kitorang pun naiklah kapal terbang,adelah beberapa keluarga malaysia ni yang dah berapa ribu kali tah terserempak dengan dorang masa kat perth,dan rupanya diorang ni pun naik sama flight ngan kitorang,,..
So bila dah naik flight tu mata nie mula dah mengantuk,sebenarnya masa tengah tungu lagi dah tertidur,pastu tersedar balik,dan akhirnya rase ngantuk tu datang balik,yelah,bayangkanlah sekarang pukul 2:25 ! Sape tak ngantuk memang kaki jaga malam lah namanye!!π
Waktu tengah cari seat kat dalam flight,akhirnya jumpalah tempat duduk nana,nana ,rupanya terpisah sikit daripada family members yang lain,nana duduk tempat dua seat,nana pun tengoklah nana duduk dengan sape,nana dah takut dah kalau dengan leleki,mesti nana tak dapat lelap punya! Alhamdulillah,nana duduk dengan sorang makcik ni,nana rase dia orang cina,so waktu duduk je,nana terus buka selimut yang disediakan dalam plastik dan bersiap sedia untuk melelapkan mata,kalini movie semua bungkus!nana memang tak hadap langsung nak tengok apa2 movie,sikitpon tak hadap!ngantuk sangat cek ni!rasenye nana tidur jelah,sampailah tetiba nana terjaga dan nampak dah ade makanan depan mata nana,walaupun mood nak makan waktu tu 0%,nana makan juga,kesian
tengok rezeki tu,dan mestilah pramugara tu sedih kalau nana tak makan,pastu ade sorang pramugara ni datang pastu tanya,' do you want any drinks,' .aduh,makanan pun nana tak nak,inikan pula air,nana tengah ngantuk gile waktunie,tapi disebabkan muka pramugara tu bersungguh-sungguh tanya kan,nana pun tak nak kecewakan dia an,nana pun jawab jelah 'apple juices',so dia pun kasilah nana apple juices,nana pun dengan sekelip mata je makan tapi tak sampai habis,sebab nana kalau boleh nak lagi cepat makan supaya lagi cepat pramugara tu boleh ambil dulang tu dan lagi cepat nana boleh sambung tidur. Nana cuma licinkan buah2 an,calcium dalam packet semua tu nana tinggalkan,sekurang2 kurangnya dia boleh simpan atau bagi dekat orang yang nak,dapatlah juga sedekah,so akhirnya dia pun ambillah dulang tu,nana pun ape lagi,sambung tido! Sampailah ade orang kejut solat subuh,nana pun tengok rupanya adik nana,so solatlah subuh dalam flight,waktutu ramailah juga orang yang solat subuh,lepastu sambung tido balik,tetiba rase macam ade orang tepuk bahu nana,nana pun pandanglah belah kiri,rupanya mak cik sebelah nana tu nak minta keluar nak
pergi toilet,so nana pun bagilah laluan,kalini sebenarnya first time nana tak dapat duduk sebelah tingkap,sedihlah jugak! Sebab makciktu yang dapat cop dulu,akhirnya sambunglah tidur balik sampailah dengar annoucement yang nak mendarat dah,so waktutu ape lagi tutup dua2 belah telinga,waktu pergi haritu nana ade bawak gula2 yang boleh hisap,so telinga takdelah sakit sangat,tapi kalini,nana punya gula2 dah habis,so terpaksalah tahan sakit telinga dengan letakkan dua2 belah jari kat telinga! Sakit gila telinga! Akhirnya,Alhamdulilah! Mendarat juga,nana dapat rasakan pelik sikit naik flight kalini,sebab cuaca kurang baik,rase macam kapal hampir tumbang ,seram pun ade jugak,mesti pilot dia cuba sedaya upaya untuk seimbangkan kapal,alhamdulillah selamat juga tiba! Waktu keluar daripada kapal terbangtu pun dorg ade cakap cam pelik sikit cuaca dan kapal pun macam tak control sangat,apapun,terima kasih Allah sebab selamatkan kami semua! Pastu adik nana cakap yang waktu nana tidur dalam kapal terbang tadi,pramugara tu gigih gila nak kejut nana,adik nana kata lawak giila,pramugara tu cakap 'excuse me' banyak kali,tapi nana tak sedar2,nana gelak
je bila dengar,kesian betul pramugara tu,maaflah ngantuk sangat!
So,Alhamdullilah,arrived Malaysia ππ»
So,macam2 benda yang nana suka dekat perth,Australia ni,nana sangat bersyukur diberi kesempatan untuk menjejakkan kaki di kota ni,banyak benda yang nana belajar kat sini,nana akan datang sini lagi suatu hari nanti untuk melanjutkan kerjaya nana,orang kata tak kenal maka tak cinta,betullah sebab nana dah kenal perth ni lah nana dah terjatuh cinta❤️
Kalau diberi kesempatan untuk pergi sini.sekali lagi,nana akan pergi lagi!inshaAllah!
Korang tahu tak orang kat sini memang polite sangat,waktu first day sampaitu,nana dah dapat nampak betapa baiknya akhlak mereka,waktu tu nana ade terbuat silap,sebenarnya kena tulis
pakai pen,tapi nana pakai pencil,so ,sepatutnya memang patutnya kena marah cukup2 lah an,tapi orangtu cakap baik2 je,'it's okay,you just need to rewrite it back with a pen' nana daripada cuak2 dah okey balik,baiknye dia nie..pastu cara dia cakap memang lembut gile,sikitpun tak marah,nana dah rase macam nak stay here forever after dah waktu tu,bila stay dekat perth hari2 seterusnya,nana dah nampak yang dorang ni sangat berdisiplin,bayangkanlah setiap orang yang naikbasikal memang tak sah kalau tak ade topi keledar sekali,kalau kat Malaysia jangan haraplah,bagi nana perth ni memang aman gile,tkde satu tol pon yg nana jumpe sepanjang kat sana,dan tkde satu jams pon yang ade kat sana,memang besatlah org yg hidup kat sini,,then dorang ni sangat pemaaf n macam2 lagi,peramah lah! Suka senyum! Sikit2 'How are you' bayangkan kalau orang yang korang tak kenal tetiba datang dan senyum pastu cakap'Hello ladies,How are you' waktutu nana dengan kakak nana sorang tu tengah tangkap gambar,pastu orang tu datang dan cakap camtu,bayangkan betapa indahnya kehidupan kalau ade manusia yang baik camtu..serius korang akan rase dihargai dan diperlukan bila ade orang cakap'hye, how are you' padehal dorang tak kenal nana pon,nana lagilah tak kenal dorang tu,tapi diorang sangat baik ,nana rase happy gila,nana jawab jelah 'good' bayangkan ,serius bendatu takde dekat malaysia.kat sana memang antara satu sama lain sangat caring,waktu kitorang
tengah cari tempat kat map dia pon ade sorang pompuan ni datang dan tanya 'Do you need some help',pastu ayah nana pon cakaplah panjang2,akhir sekali ayah nana pon cakaplah ,'........Can we know some intresting place here'pastu org tu jawablah 'ouh,there was a lot of intresting place here,......' Orang tu pon cakaplah,memang friendly gilos org sini.pastu macam2 lagilah yang menunjukkan sikap masyarakat sini yang jauh lebih baik daripada masyarakat kita! Kalau nana cerita setiap detik nana kat sini,memang lenguhlah tangan nana,ni pun dah sakit citer pepanjang nie,masih banyak lagi benda yang nana tak dapat share kat korang,masih banyak lagi yang nana tak dapat nak luahkan kat korang,sape yang nak tahu lebih lanjut,nanti jumpa,nana akan citer macam2 lagi,yang ni pun nana dah cukup hargai kalau korang baca,thank you so muchππ,I really appreciate it π.
*doakan suatu hari nanti (waktu remajalah) nana dapat bekerja dekat Perth,Australia.haha..
If Allah wills lah❤️
aq rase dh bnyk kali ckp, tapi nk ckp jugak. BESTNYEEE!!! Doakan aku satu hari nanti dapat pergi Jepun tau.. And of course dapat buat haji and umrah satu family. hehehe
ReplyDeletebapak peform gambarrr! lawa kamera.
ReplyDelete