Nama = Nur Hasanah Binti Mohamed Ibrahim
Umur = masih muda dan masih belajar di sekolah Menengah
Prinsip Hidup = usaha dan terus berusaha kerana takdir itu terletak di hujung usaha,
bukan menyalahkan takdir semata,sebaliknya apakah usaha yang kita lakukan untuk mendapat apa yang kita inginkan.
What I want to share:-
Nana suka sangat mata pelajaran Bahasa Arab,ada juga orang yang cakap nana pandai bahasa arab,padahal,hakikatnya,nana masih belum pandai bahasa arab cuma nana suka bahasa Arab.suka sangat.nana suka belajar bahasa arab macam-macam sebab....,nana cuma nak kongsi apa kelebihan mempelajari bahasa arab ni:-
1.Bahasa arab adalah bahasa al-quran,kalau kita pandai bahasa arab,mesti kita dapat faham satu isi al-quran,masyaAllah bestnya,kalau kita faham satu isi al-quran tu mesti kita akan sentiasa hayati apa yang kita baca sebab kita faham makna yang kita baca,sama juga macam dalam solat,kita bercakap dalam bahasa arab,andai sahaja kita faham apa yang kita baca,mungkin saja kita akan menitiskan air mata kerana menghayati apa yang kita bicarakan kepada Allah.
2.Bahasa arab adalah bahasa para anbiya,bahasa syurga,bahasa antara kita dengan Allah,bahasa akhirat,semua orang tahu bahasa arab adalah bahasa yang sangat banyak kelebihannya,kita belajar bahasa ni dekat dunia lagi dan bahasa arab satu-satunya bahasa yang kita akan gunakan di akhirat juga
My story.,,
1. Nana suka sangat dengan kanak-kanak,sebab setiap kali nana tengok kanak-kanak,nana rasa semakin tenang,dapat lupakan masalah nana,telatah mereka kadangkala membuatkan nana bahagia dan gembira,walau mereka nakal sekalipun,mungkin kerana mereka tiada dosa dan masih suci bersih dari segala kekotoran...
2. Nana tak suka dengar perkataan 'cinta' tau 'couple' sebelum tiba waktu dan saatnya,ada juga orang tanya,takkanlah tak suka sesiapa kot,nana hanya jawab,nana tak akan pernah buka ruang dan pintu untuk suka sesiapa apatah lagi mencintai sesiapa yang tiada hubungan langsung dengan diri kita,dari kecil sampai besar,nana dididik dengan latar belakang agama,nana kadang bersyukur kerana nana bertuah sangat sebab dapat mengetahui ilmu agama,dapat tahu apa yang boleh,apa yang tidak boleh,ada sesetengah keluarga,ibu bapa mereka juga tidak mahir tentang agama,kadangkala,timbul perasaan kasihan melihat mereka yang tidak tahu apa yang boleh dan apa yang tidak boleh,mereka tidak patut disalahkan kerana mereka tidak tahu,sebaliknya kita yang bersalah kerana tidak meberitahu.... ada juga mereka yang telah diberi didikan yang sepenuhnya mengenai agama,tetapi mereka sendiri yang mencari fasal mahu lakukan apa yang mereka sudah tahu tidak boleh...bermacam jenis lautan manusia di muka bumi ini..semoga di akhirnya hidayah Allah sampai kepada kita semua..
3. Nana paling pantang dengan orang yang tidak ada adab terhadap orang yang lebih tua atau orang yang lebih muda,masyarakat pada hari ini pandang enteng dan tak titikberatkan mengenai bab adab,seperti adab terhap guru,ibu bapa,bukan sesiapa kadangkala diri kita sendiri melakukan kesalahan yang sama,kita tak pernah terlepas dari perbuatan dosa,jadi nana sarankan setiap kali bila kita nak melakukan sesuatu yang salah atau dah terlakukan sesuatu yang salah,ingatlah Mati,bayangkan macamana kalau kita mati sekarang ini,adakah kita sempat dimaafkan,sebab itulah kita kena sentiasa ingat Mati,sebab dengan mengingati matini kita akan cepat-cepat minta maaf dekat sesiapa yang kita ada lakukan kesalahan..
4. Nana boleh dikategorikan seoarang yang tak banyak cakap dan tak terlalu diam,tapi,sekali nana dah cakaptu,susah nak berhenti,sama juga sekali nana diam,susah nak bercakap semula,nana diam pasti akan ada sebabnya,sebab nana jarang diam,kalau diam tu mesti ada sebab,tapi nana tak suka merajuk,nana juga tak suka tengok orang merajuk,nana tak suka pujuk orang yang merajuk,banyak benda yang nana tak suka mengenai merajukni,mungkin sebab nana rasa buang masa je nak merajuk,mengharapkan simpati orang ke,kalau kau sedih sangat mengaduje dekat Allah diakan sudi nak dengar,kalau kau merajuk,apa gunanya,merenggangkan hubungan sesama manusia je...kalau nana terasa apa-apa pun dengan sesiapa,nana akan buat reaksi macam biasa,macam tak terasa apa-apa,sebab nana tahu yang bercakap dengan nana tu pun manusia,dia pu tak terlepas daripada dosa,kalau terbuat oarang terasa mesti nana pun pernah buat orang lain terasa,sebab Kita Manusia,tak lepas dari dosa-dosa begini,jadi cara yang terbaik adalah sentiasa berpositif dan jangan sesekali merenggangkan hubungan korang dengan sesiapa,kalau ada kawan korang yang cuba menjarakkan hubungan antara korang berdua,senang cerita,minta maaf jelah dekat dia,tak kisahlah kalau salah dia sekalipun,sebab Allah tak tengok siapa yang melakukan kesalahan,tapi Allah tengok siapa yang minta maaf dahulu.. :)
5. Ada satu benda yang nana lain daripada orang lain,hehe,antara semua permainan yang melibatakan bola atau bulu tangkis tak kisahlah badminton, bola tampar,bola jaring, sepak takraw,ping pong,boling,bola sepak,bola keranjang,bola balingke..apa-apa jenis bola,nana tetap paling suka bola sepak,haha..padahal bola sepak ni permainan lelaki,tapi nak buat macam mana,bola sepak nie macam paling advance bagi nana lah...ada lah juga orang tanya pandai ke main bola sepak,pandaitu entahlah,tapi pernah main waktu sekolah rendah,memang best,bila jaringkan gol tu rasa macam terharu + bangga sebab kita naikkan nama pasukan kita,tapi dah lama tak main bola sepak,nak buat macamna sekolah menengah,bola sepak laki,bola jaring perempuan,bukan tak suka bola jaring,suka je,setiap permainan tu ada sisi yang best ada yang tak best,badminton pun antara permainan yang nana suka lepas bola sepaklah..bola jaring pun suka jugak tapi suka waktu nak jaring je..hahah..dekat sekolah sekarang nana masuk ping pong,pelik juga kenapa nana ambil ping-pong,nak try pengalaman barulah,sebab selalunya badminton jee...
No comments:
Post a Comment