Saturday 5 September 2015

"Dan tidakkah manusia memerhatikan bahawa Kami menciptakannya dari setitis air mani,ternyata dia menjadi musuh yang Nyata"-36:77-

Assalamualaikum w.r.t..

In sha Allah hari ini nana nak cerita bersandarkan sebuah hadis.
Hadis ini diriwayatkan oleh Al-hakim..

Ibnu mas'ud berkata:"bahawa sesungguhnya bila nutfah(anak) itu sudah tetap dalam rahim wanita,malaikat akan mengambil dan meletakkannya di telapak tangannya sambil berkata "Tuhanku apakah diciptakan?"
Jika Allah menjawab tidak diciptakan maka iapun tidaklah diciptakan dan ia akan melebur menjadi darah(gugur)..sebaliknya jika Allah menjawab "Diciptakan",malaikat pun berkata: "adakah lelaki atau perempuan,sengsara atau bahagia?Bagaiman ajalnya(berapa umurnya)?Apa peninggalannya?Apa rezekinya,dan di bumi mana dia akan mati?"Allah kemudian berfirman:"pergilah ke Loh al-Mahfuz,di sana kau akan mendapatkan nutfah ini"kemudian,ditanyakan kepada nutfah:"siapakah yang memberi rezeki kepadamu?"Jawabnya"Allah".Lalu diciptalah dia menjadi manusia,hidup bersama-sama keluarga dan makan rezeki yang dikurniakan kepadanya....Jika datanglah ajalnya,dia akan meninggal dan dikebumikan di tempat tersebut."

ok..
berdasarkan hadis diatas..
nana nak cerita bahawa hidup kita di dunia ini
 bukanlah satu tempat untuk bersuka ria pada hakikatnya..
Awak...kalau tempat bersuka ria tu dekat syurga sana...
Allah dah ciptakan kita...
untuk?....
menjadi  seorang khalifah di muka bumi ini..
Tapi,sungguh ramai di kalangan kita yang boleh dikatakan'lupa diri'
tahu apa itu lupa diri???
maksudnyaa...
kita lupa siapa diri kita..
apa tujuan hidup kita..
mengapa kita berada di dunia ini sekarang..
sungguh.terkadang diri ini juga sama..
lupa kepada Dia..
sekarang,,ayuhlah kita merenung kembali..
lihat diri kita,,
apa yang membuat kita lupa kepada pencipta kita..
Yang tak pernah lupa kita..
duhai teman sekalian...ayuhlah kita kembali 'sedar diri'
kalau dahulu kita 'lupa diri'..
kesempatan masih diberi...
nah,,sekarang kembalilah 'sedar diri'...
ingatlah Dia kembali..
yang engkau telah bersaksi atas namaNya saban hari..
apakah kesaksian mu itu hanya ibarat menanam tebu di tepi bibir..
ku harap Tidak..
nauzubillahiminzalik
ku harap nukilanku ini dapat memberi....
paling tidakpun..
sedikit impak buat dirimu..
apatahlagi..buat diriku..
ayuhlah kita taubat bersama...
tabat berjemaah..
in sha Allah :)


No comments:

Post a Comment

why don't we obey Him?

  Assalamualaikum ya asdiqo'i! uhibukum jiddan! for today,I want to share to my readers about human.As we know,we are a human being righ...