Tuesday 20 October 2015

Hari berganti Hari...

Assalamualaikum...
In sha Allah tak lama lagi..
nana nak hadapi peperiksaan akhir tahun..
nana mohon maaf kepada semua manusia yang pernah muncul dalam hidup ini..
ku tahu,banyak salah dan silap dalam diri ini..
mohon maaf dari kalian semua...
semoga peperiksaan kali ini mendapat kemudahan daripada pencipta langit bumi..
nana doakan kalian semua sihat selalu..
sekarang musim jerebu...jaga kesihatan selalu k..

Tapi,harini sebenarnya nana nak kongsikan sebuah cerita iaitu tentang..
seorang abang dan seorang adik...
yeee..mungkin cerita ini sudah ramai di antara awak awak semua tahu...
tapi,nana nak cite jugak..
moga2 boleh ambil paling pun sedikit iktibar...
cerita ini menceritakan tentang dua orang adik-beradik..
yang abang,perangainya agak teruk,,,
si abang selalu ke tempat yang melalaikan iaitu selalu meluangkan
masanya ke kelab malam pada malam hari...
manakala,sang adik sering pergi beramal dan beribadah di rumah Allah..
suatu hari...si abang pulang ke rumah dalam keadaan mabuk...
sambil melihat si adik sedang khusyuk mengalunkan bacaan al-quran dengan alunan yang menyenangkan...
sehingga membuatkan sang abang tertarik dengan bacaan itu...abangnya telah berazam untuk mendekatkan diri ke rumah Allah dan tidak mahu mungulangi dosa2 nya yang lalu..
abangnya mula menyesal dengan dosa2 yang telah dilakukan dan berazam untuk ke masjid pada esok hari...
Dalam masa yang sama...adiknya yang telah lama beribadah dan beramal pada penciptaNya
merasakan ingin pergi ke kelab malam untuk menemani abangnya buat pertama kalinya..
sayangnya,abangnya sudah tiada di situ..
pada ketika itu..abangnya sudah bersiap ke masjid untuk menunaikan sembahyang isya'..
apabila melihat adiknya tiada di masjid...dia mula merasakan sesuatu yang aneh..namun,dipedulikannya..
dia terus beribadah kepada Allah buat kali pertamanya..dia merasa kebahagiaan yang tidak terperi..
Ditakdirkan Allah,ketika itu berlakunya gempa bumi secara mengejut..
dan situasi terakhir sang abang bersama dengan Al-quran..
manakala,situasi adiknya yang terakhir dalam keadaan memegang botol arak...
nauzubillah hi minzalik..

semoga,cerita yang nana bawakan dan kongsikan hari ini kepada awak2 semua..
mendapat manfaat kita bersama...

maksudnya di sini..
sebaik mana pun diri kita..
yang penting tu...
adalah bagaimana ending hidup kita nanti..
bagaimana kita di saat malaikat maut ingin mengambil nyawa kita...
bagaimana kita saat perjalanan hidup kita tamat di dunia ini...
bagaimana agakanaya..
moga kita meninggal dalam keadaan husnul khotimah..
kerana itulah,jangan mudah mengatakan seseorang itu ahli neraka mahupun ahli syurga..
kerana pada hakikatnya...hanya pencipta kita sahaja yang mengetahui the ending of our life...
wallahu alam bis sawab

kalau ada salah dan silap harap diutegur dan ditegur dan diteguir..
kerana nana amat memerlukan teguran untuk masa depan nana kelak..
baik dan buruk itu datang dari Allah...
semoga Allah rahmati kita semua..

No comments:

Post a Comment

why don't we obey Him?

  Assalamualaikum ya asdiqo'i! uhibukum jiddan! for today,I want to share to my readers about human.As we know,we are a human being righ...