Saturday 27 February 2016

sesuatu yang sudah pasti kita akan lalui

assalamualaikum awak semua..
nana mendoakan semuanya sihat,,
maaf kerana telah lama biarkan blog ini mereput..
ada sesuatu yang menggerakkan nana untuk
menulis blog ini pada hari ini...

.............................................
kejadian seminggu yang lalu.....

"kring!!kring!!!"telefon bimbitku berbunyi lagi untuk sekian kalinya..
'siapa pula yang call ni,jarang orang nak call aku pagi-pagi buta ni.'
aku melihat nombor yang tertera di skrin telefon bimbitku.'nombor siapa ni?'.
baru sahaja aku ingin menekan punat hijau ,telefon bimbitku sudah berhenti.
Aku tertanya-tanya siapakah gerangan yang menelefonku pagi-pagi buta ni,tidak pernah aku mendapat panggilan waktu-waktu sebegini,lagi mengejutkan pemanggilnya tidak ku kenali...
Aku terus menyambung tidurku tanpa memikirkan siapa yang baru sahaja menggangu lenaku.... 

selang beberapa minit...

"kring!! kring!!"telefon berbunyi lagi.cuma kali ini aku merasakan bukan telefon aku yang berbunyi,kerana bunyi itu seperti jauh dariku..aku melihat telefon bimbitku,memang benar bukan telefonku yang berbunyi,baru sahaja aku ingin melelapkan mata......"kak sana!! ouh kak sana"jerit adik bongsuku...aku kembali terjaga..."kenapa mael?"aku meninggikan sedikit suaruku agar adikku dapat mendengarnya..."ada orang nak cakapni.."..sambung adikku lagi..Memang tepat sekali tekaanku,pasti orang yang sama yang menelefonku sebentart tadi...aku terus bangun dari katilku dan bergerak ke arah telefon rumahku..."hello!"aku mengangkat telefon rumahku.."hello!! ni hasanah ke!!"suara cemas seorang lelaki yang seakan ku kenali.."ya saya,kenapa ni?"balasku bersahaja..
"bagitahu Abah suruh call abang Sal tau,kalau abah tengah bagi ceramah kat surau suruh abah berhenti ceramah"nadanya seakan tegas...Aku tersentak sebentar.."hmm,okay"..abang sal mematikan telefon dan aku terus meletakkanya kembali..'kenapa nada suara abang Sal sangat cemas,pasti ada sesuatu yang buruk telah terjadi',detik hatiku.

Aku terus mengejut kakakku dan adik perempuanku yang sedang tidur.."bangun!!! bangun!! dah pukul 7:00 dahni"..kakakku membuka matanya dan memandang ke arahku.."kenapa ni?" kakakku memandangku..."tak,tadi abang Sal call,dia suruh kita pergi surau dan dia kata kalau abah tengah bagi ceramah kat surau,suruh abah berhenti ceramah..pelik kan? cara dia cakappun macam ada kecemasan je"aku memberitahu kakakku...tiba-tiba adik perempuanku terjaga "kalau macamtu,jomlah kita pergi surau sekarang,mesti ada perkara yang penting kalau tak abang Sal takkan call,jom siap kita pergi surau.."adik perempuanku pula yang memeberi respon.Kakakku terdiam sebentar,mungkin sedang memikirkan apa yang bakal terjadi...

Aku terus memakai telekung dan keluar dari rumah bersama kakak dan kedua-dua adikku.Surau hanya terletak di hadapan rumahku dan untuk pergi ke sana tidak sampai semenitpun..setelah sampai,kami agak terkejut apabila dapat tahu abah yang bagi kuliah subuh hari ini..."macam mana ni,takkan nak suruh abah berhenti ceramah,ramai jemaah pulaktu yang datang"adik perempuanku bersuara,,,"tulah macam mana ni,tapi,tadi abang Sal suruh berhentikan ceramah juga kalau abah tengah ceramah"aku pula bersuara..aku mencari ilham apa yang harus kulakukan..tiba-tiba ada seorang pak cik a.k.a bilal surau yang sangat ku kenali keluar.."pakcik Azmi,sebenarnya kita orang kena berhentikan ceramah abah sebab ada kecemasan sekarang!"tercetus ilhamku,cuma dengan cara ini dapat berhentikan ceramah abah.."betul-betul kecemasan ni?"tanyanya lagi..kami mengangguk serentak..pakcik Azmi terus masuk kedalam surau dan mengarahkan isyarat berhenti buat ayahku,pada mulanya,ayahku agak terkejut..namun setelah itu ayahku menutup majlis dengan bacaan doa..


kemudian ayahku keluar,"abah,sebenarnya abang Sal ada suruh abah call dia tadi,rasanya ada kecemasan"
aku memandang ayahku..ayahku hanya mengangguk,wajah ayahku masih lagi bersahaja seperti sedang membuang semua prasangka negatif..aku berjalan di belakang abah saat mahu pulang ke rumah kembali..ayahku dari tadi tidak lepas dari telefonnya,mungkin ada sesuatu yang penting..
tiba-tiba,kami melihat tangan abah seakan menggigil,aku sudah terkejut sama juga dengan kakak dan kedua-dua adikku..ayahku menghalakan pandangan ke arah kami"nenek meninggal"suara ayahku sangat perlahan seperti keluar tak keluar tapi cukup untuk kami dengari..aku tersentak,adik perempuanku sudah mengeluarkan air mata..aku masih mencerna dan pada masa yang sama hatiku seakan sayu 'inalillah wa inna ilaihi rojiun' Aku berbicara perlahan.Pada saat ini,aku tidak dapat bayangkan bagaimana keadaan ayahku yang pernah kehilangan seorang ayah beberapa tahun yang lalu,dan kini kehilangan ibu dalam keadaan yang sangat mengejut..,aku hanya mampu mendoakan yang terbaik buat nenekku..Kamipun mengemas barang dengan pantas untuk pulang ke kampung.. 

..........................................................................................................................................................

sesuatu yang sudah pasti kita akan lalui adalah kematian..
kita semua tidak pasti lagi akan berkahwin..
tidak pasti lagi akan punya anak.
tidak pasti lagi akan gradute.
tidak pasti lagi akan sambung belajar ke luar negara.
tidak pasti lagi akan bahagia menjalani kehidupan.
tidak pasti lagi akan bangun pada esok hari.
tidak pasti lagi segala-galanya..
tetapi kita pasti akan menghadapi kematian...

semoga kita kembali kepada Illahi dalam husnul khotimah














_PUISI HATIKU_

"aku melihat dunia ini,aku perhatikan setiap yang terdapat di dalamnya

setiap keindahan yang tercipta,

setiap sudut yang tidak bisaku gambarkan keunikannya,

Aku bisa melihat pelangi yang seperti palsu.kejap ada,kejap hilang.

Aku melihat bintang yang berkelip setiap malam.

Mengapa terlampau indah segalanya?

Matahari,bagaimana bisa mencerahkan seluruh isi dunia ini?

tidakkah engkau merasakan keunikannya?

sungguh,ku mencari siapa pencipta segala yang indah ini.

siapa juga pencipta manusia dengan seindah-indah kejadian.

ku imbas kembali setiap memoriku dan tenung semula

setiap gambar-gambar yang terdapat di dalam kameraku.

Di mana pahit dan manis mula terlakar.

Di mana imbasnku semakin kuat.

siapaka pencipta detik-detik indah ini?

Tanpaku sedari,air jernih membasahi pipiku.

Ku sedar,suatu saat nanti aku juga akan pergi...

seperti memori ini,meninggalkan...

 mereka semua di sini..#Allah"

By:Nur Hasanah Binti Mohamed Ibrahim.

No comments:

Post a Comment

why don't we obey Him?

  Assalamualaikum ya asdiqo'i! uhibukum jiddan! for today,I want to share to my readers about human.As we know,we are a human being righ...