Monday 14 March 2016

relax, you're in good hands

pernah tak korang tengok macam mana wajah bayi bila korang angkat dia pastu lemparkan dia dekat atas mesti wajah dia panik kan..lepastu bila dia dah sampai balik dekat tangan korang,dia akan senyum pastu ketawa...
sebenarnya,begitulah kehidupan kita di dunia ini...

Ibaratnya..
kita semua berada di tangan Allah..
Allah lepaskan kita sebentar je dekat dunia ni sebenarnya..
tapi,dah ramai antara kita yang panik..
betul tak..
kenapa nana kata dah ramai yang panik dekat dunia ni?
sebab dah ramai yang dah tak tahu halatuju mereka dekat dunia ini..
dah ramai yang dah tak nampak jalan pulang semula..
kita semua nanti akan dipulangkan semula pada pencipta kita..
iaitu Allah...

nana nak bagi satu lagi contoh..

mungkin ada di antara korang yang masih ingat bagaimana situasi korang saat kali pertama nak belajar berenang...
korang mesti akan rasa takut...

"macamana ni,aku akan lemas ni.."

"aku tak mampu nak terjun dalam ni"

"seramnyeee nak berenang ni,mesti nanti aku lemasnie"


bermacam-macam benda yang terlintas dekat fikiran kita saat pertama kali kita nak berenang..

cuba kita bayangkan ada seseorang datang lepastu cakap dekat kita..
"tenang kan fikiran awak sepenuhnya dan berenanglah.."

mesti kita akan rasa geram,lepastu kita jawab
 "kau boleh pula suruh aku bertenang,macam mana kalau aku lemas?"

lepastu orang tu jawab
"tak! awak tak akan lemas,sebalinya awak akan terapung di atas air...awak hanya perlu bertenang"

....bila kita tenang, tiba-tiba dengan sendirinya kita akan terapung ...


itulah yang dinamakan dengan dunia..
kita hanya perlu bertenang,kita berada di dalam lautan dunia,kita hanya perlu terapung dan kekal terapung...jangan sesekali kita lemas..
sayangnya,ramai manusia yang sudah pun lemas di luar sana
yang akhirnya menyebabkan mereka cemas...

sebab mereka dah lemas dekat dunia ni....
mereka dah salah halatuju..
dah tak nampak jalan pulang..
kita sepatutnya hanya bertenang berada dekat dunia ini..
kita hanya perlu kekal terapung....


jangan mudah terpedaya denagn segala isi dunia ini..

kerana kita berada di tangan yang Maha Baik..
kita hanya pelukan Dia sahaja
yakni Allah s.w.t........





Thanks Ya Allah
 













No comments:

Post a Comment

why don't we obey Him?

  Assalamualaikum ya asdiqo'i! uhibukum jiddan! for today,I want to share to my readers about human.As we know,we are a human being righ...