harini nana nak citer tentang...
cara-cara syaitan menggoda manusia..
kalau nak jelaskan cara syaitan menggoda manusia sebenarnya panjang sangat..
tp takpelah nana pendekkan sikit lah..
dalam satu riwayat diberitakan bahwa setiap kali masuk waktu solat syaitan akan memanggil tenteranya berkumpul untuk menyibukkan orang islam supaya tidak mengerjakan solat..dan dia akan buat apa apa je untuk memastikan orangtu tak sembahyang...dan sekiranya dengan cara macam itu tak jadi syaitan akan berusaha supaya rukuknya,sujudnya,bacaanya dan tasbihnya dia buat dengan tidak sempurna..dan kalau dengan cara macamnipon x boleh..syaitan akan berusaha membuat hati seseorang itu tidak tenang dan asyik memikirkan kerja lain...dan kalau dengan cara ini x berhasil syaitan akan pergi dengan perasaan hampa...
bayangkanlah selama ini agak-agaknya kite sedar tak yang kite ni sebenarnya termasuk dalam perangkap syaitan laknatullah...nauzubillahhiminzalik..
Nabi Muhammad S.A.W bertanya kepada iblis:"ada berapa musuhmu daripada umatku"
iblis menjawab "ada lima belas"
1.kamu sendiri wahai muhammad
2.pemerintah yang adil
3.orang kaya yang tawadduk
4.pedagang yang jujur
5.orang berilmu yang melakukan solat dengan khusyuk
6.orang mukmin yang suka memberi nasihat
7.oang mukmin yang mempunyai sifat belas kasihan
8.orang bertaubat yang tetap pada taubatnya
9.orang menjauhkan diri dari yang haram
10.orang mukmin yang sentiasa dalam berwuduk
11.orang mukmin yang berbudi luhur
12.orang mukmin yang banyak bersedekah
13.orang mukmin yang bermanfaat kepada manusia lain
14.orang yang membawa al-quran dan sentiasa membacanya
15.orang yang bagun melakukan solat pada waktu malam sedangkan yang lain sedang tidur
*semoga kite semua termasuk di golongan di atas*
kemudian Rasulullah tanya lagi:ada berapa yang dapat engkau jadikan kawan dari umatku"?
iblis menjawab:"ada sepuluh"
1.hakim(penguasa) yang berbuat sewenang-wenang
2.orang kaya yang sombong
3.pedagang yang curang
4.peminum khamar
5.pengadu domba
6.orang yang riak
7.pemakan harta anak yatim
8.orang yang meremehkan perkara solat
9.orang yang enggan berzakat
10.orang yang panjang angan-angan..kemudian iblis berkata lagi "mereka semua itu adalah sahabat-sahabat sejatiku"...
*semoga kite tidak tergolong di golongan kedua ini*
-nana harap korang dapat ambil mana yang baik....maaf atas sebarang kekhilafan ye..-.-
No comments:
Post a Comment