Assalamualaikum..
sebenarnya harini nana sakit...
so,dah lama nana tak update this blog..
sekarang terasa nak update sikitlah..
nana tahu semua orang pernah rasakan kesakitan..
betapa sakitnya kesakitan itu...
tapi,,sebenarnya di sebalik kesakitan itu
ada satu kenikmatan..
dosa kita dihapuskan...
sekiranya kesakitan ini menjadi penghapus dosa ini...
biarlah kesakitan ini kita rasakan..
kerana nana banyak dosa..
mungkin ini adalah salah satu cara Allah nak hilangkan dosa kita..
bila Allah hantarkan kesakitan kepada kita..
Bersyukurlah...
kerana kita adalah salah seorang yang Allah pilih untuk dihapuskan
dosa...
kadang-kadang..nana duduk seorang diri..
merenung semula diri ini..
selama ini Dia bagi aku kenikmatan,kemewahan,kebahagian..
kita happy,gembira,seronok..
sekarang Dia cuma hantar sedikit kesakitan,kesukaran,kepayahan..
kita bisa mengeluh...
sedarlah wahai sang hamba..
engkau adalah satu makhluk yang dicipta..
yang menciptakan dirimu itu ialah Dia..
Pernah kau mengintai sebesar mana kasih-sayangnya kepadamu..????
Dia menghantarkan kepadamu sejambak kebahagian....
tapi..engkau lupa akan Dia..
Dia sedih...sungguh,dia menantikan kehadiranmu kepadanya..
dia menantikan saat engkau akan mengucapkan kesyukuran atas setiap nikmatnya kepadamu..
tapi sayang seribu kali sayang...
engkau lupa akan Dia..
Dia rindu....
rindu untuk menantikan dirimu kembali berharap kepadanya..
kerana itulah ....
Dia menghantarkan kepadamu kesakitan..
kerana mungkin dengan cara itu sahaja..
engkau akan ingat kepadanya..
pasti di saat kepayahan,kesusahan,kesakitan,kederitaaan sahajalah..
yang bisa mendekatkan dirimu kepada-Nya..
wahai diri yang lemah ini...
mengapa engkau selalu lupa diri
mengapa engkau sombong kepada Illahi
mengapa engkau selalu bersangka buruk kepada Dia..
ingatalah wahai kawanku...
sebenarnya kita semua hanyalah pendosa dunia..
di dunia ini mungkin kita ada tempat tinggal..
tapi,di akhirat kelak
semua manusia memang ada tempat tinggal..
tapi,kita cuma diberi dua pilihan sahaja..
antara syurga atau neraka...
Di manakah kita sahabat..
di syurga atau sebaliknya...
di tempat yang berjuta kali ganda lebih nikmat dari dunia atau
di tempat yang berjuta kali ganda lebih derita dari tempat tinggal kita di dunia...
Nana cuma nak citer yang itu sahaja untuk hari ini..
minta maaf atas salah silap ye awak sekalian..
nana masih dalam perjalanan dunia macam awak semua juga..
semoga di akhir perjalanan kita di atas dunia ini
adalah husnul khotimah....
amin...
wallahualam..
No comments:
Post a Comment