apa khabar wahai diri di sana..
semoga kalian sentiasa sihat selalu,
Bahagia?apa yang korang faham mengenai bahagia..
apa maksud sebenar bahagia..kadangkala di saat kita melihat seseorang dari sudut yang berbeza,kita akan menilai sama ada dia di dalam keadaan bahagia atau tidak.Bila kita nampak seseorang itu kaya,kita akan cakap hidup dia bahagia kerana banyak hartanya....apabila kita nampak seseorang itu cantik,sering dipuji-puji,kita katakan hidupnya bahagia kerana sentiasa diberi pujian,apabila kita melihat seorang yang mempunyai otak yang cerdik,pandai,sering mendapat markah tertinggi dalam setiap pelajaran,kita akan katakan hidupnya pasti bahagia kerana namanya sering disebut-sebut oleh guru..
hakikatnya yang sebenar,kita tidak pernah mengetahui apa yang terkandung di dalam hati setiap insan di muka bumi ini,ada orang yang kaya,tetapi dia tidak dapat tidur malam kerana risau andai ada yang akan mencuri hartanya,ada mereka yang cantik,tetapi mereka tidak pernah merasakan bahagia kerana ibu dan ayah mereka sering bertengkar,keluarga mereka berpecah-belah,ada mereka yang pandai,tetapi mereka tidak pernah dapat merasakan hidup bahagia ..kita tidak pernah tahu isi hati setiap manusia,kita sering menilai orang dari sudut luaran,tanpa mengetahui dalaman mereka..
tak semua orang dapat merasakan bahagia..hanya orang yang Allah pilih sahaja yang akan dapat merasakannya..
orang yang benar-benar dapat merasakan bahagia ialah mereka yang tenang saat diberi ujian oleh Allah...itulah maksud bahagia..saat Allah timpakan sesuatu ujian atau musibah ke atas diri kamu,kamu masih tenang,kamu tidak mengeluh,kamu tidak putus asa,kamu tidak merintih...sebaliknya,kamu akan sentiasa berhubung dengan tuhanmu dan akan sentiasa dekat dengan-Nya...itulah ertinya kamu dalam bahagia..
berapa ramai manusia yang kaya luaran mereka,tetapi mereka miskin dalaman...mereka kaya dengan harta dunia,tetapi mereka miskin pahala..sedang Allah amat baik dan kasih-sayang kepada mereka,tetapi mereka tetap berpaling daripada-Nya..
berapa ramai manusia yang mereka cantik luaran,tetapi dalaman mereka hodoh dan kotor disebabkan dosa-dosa mereka yang bertimbun,tetapi mereka masih belum memohon ampun...
berapa ramai manusia yang cerdik dan pandai mengenai ilmu dunia,tetapi pengetahuan mereka mengenai ilmu akhirat kosong,tiada...sedangkan,sekiranya mereka tidak mempelajari ilmu akhirat,laluan mereka untuk menemui Allah kelak akan semakin sukar..
di dunia ini...
tidak ada yang kekal dan abadi,semuanya akan terhapus jua suatu saat nanti,tujuan aku,kamu,dan mereka berada di dunia ini pada saat dan detik kini adalah untuk mencari redho Illahi..bukan sengaja Allah ciptakan kita ke bumi ini..yakinlah,Allah itu maha adil,apa yang kita buat pada Allah hari ini,Allah akan balasnya semula pada hari di sana kelak..
hidayah itu tidak akan datang pada hati yang tidak mahu membuka pintu hatinya,tetapi hidayah itu akan datang pada hati yang sudah bersedia membuka pintu hatinya..bukalah pintu hatimu,agar engkau mendapat hidayah darinya...setiap manusia itu berdosa,tetapi ingat,setiap manusia itu layak diampunkan oleh Allah,betapa Allah sayangkan kamu,Allah tak mahu hambanya menyimpan dosa,Allah nak kalau boleh dalam diri hamba dia tak ada dosa,Allah nak ampunkan semua dosa,,Malangnya,kita tak pernah nak minta ampun dekat Allah,,takkanlah Allah nak ampunkan kita sedangkan kita tak mintakpun Allah agar ampunkan kita,,
cukuplah sekadar di sini perkongsian hari ini,
maaf andai ada yang tersalah dan tercalar..
saya pun banyak calar-balarnya..
semoga kita sentiasa mendapat kebahagiaan duniawi dan ukhrawi..
No comments:
Post a Comment