Hari ini merupakan hari kelima kita berpuasa kan?semoga kita berpuasa zahir dan batin ye..malam ini inshaAllah malam ke 6 ramadhan kan,ya Allah,cepatnye jam berputar!perasan tak kita hanya tinggal 25 hari sahaja lagi untuk merasakan nikmatnya hidup!nikmatnya hidup?maksudnya?sepanjang 25 hari ini,Allah bagi kita peluang untuk kutip pahala lebih daripada bulan-bulan lain...
siapa perasan apabila tiba sahaja bulan ramadhan,manusia ada satu kekuatan yang mereka tiada pada bulan lain,kekuatan apakah itu?ya!kekuatan untuk beribadah,Allah bagi hamba dia pada bulan ramadhan kekuatan untuk pelbagai perkara..Antaranya?tahan lapar dan dahaga,solat taraweh pada waktu malam ada yang sampai 20 rakaat,solat malam,bagun di awal pagi untuk sahur,baca al-quran..padahal amalam-amaln ini kalau pada bulan biasa kita nak buatpun ikut mood je kan..
kenapa bila tiba sahaja bulan Ramadhan,masjid dan surau semua penuh dengan orang..
kerana pada bulan ini,Allah turunkan Rahmat Allah ke seluruh muslim,kalau ada mereka yang selalau buat dosa,Allah nak hadiahkan mereka pengampuna pada bulan ini..Allah sayang dekat kita semua..Allah nak kita semua mendapat keampunan Allah..
Jadi,kita patut bersyukur,kerana kita merupakan hamba yang dipilih oleh Allah untuk berada pada bulan ramadhan pada hari ini,ada mereka yang tidak sempat melalui ramadhan pada hari ini,kita patut bersyukur!pintu Rahmat Allah terbuka luas pada bulan ini,menunjukkan betapa Allah menyayangi kita pada bulan ini,betapa Allah rindukan kita untuk berhubung denganNya dengan lebih kerap!
siapa yang pernah dengar hadis Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
إِذَا جَاءَ رَمَضَانُ فُتِحَتْ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ النَّارِ وَصُفِّدَتِ الشَّيَاطِيْنُkenapa pada bulan ini syaitan dibelunggu?syaitan dibelunggu pada bulan ini kerana amala ibadah manusia pada bulan ini teramat hebat,banyak sehingga syaitan sendiri tidak dapat bertahan dek amal ibadah yang manusia lakukan,dan syaitan itu dibelunggu..
“Apabila datang Ramadhan, pintu-pintu surga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup dan setan-setan dibelenggu.
Nak cakapnye,betapa Allah benar-benar rindukan hambanya :),Allah nak lebih dekat dengan kita pada bulan ini tanpa ada syaitan sebagai penghalang!Allah nak kita dengan Allah je,Allah tak nak ada syaitan yang boleh menyebabkan kita renggang dengan Allah..MasyaAllah!
_________________________________________________________________________
Nana ada nak kongsikan sebuah cerita yang menunjukkan betapa bertuahnya insan-insan yang sempat berada dalam bulan Ramadhan ini..
kisah tentang dua orang lelaki yang kuat beribadah,mereka selalu beribadah kepada Allah dan kedua-duanya tidak ada bezanye,amal ibadah mereka amat banyak...suatu hari,seorang daripada dua lelaki tu pergi berjihad,yang sorang lagi tu tak pergi..nak ditakdirkan oleh Allah, lelaki yang pergi berjihad ke jalan Allah itu mati syahid...lelaki yang seorang lagi tu tak mati dan dia terus melakukan amal ibadah,sehinggalah sampai bulan ramadhan dan lelaki tadi masih hidup dan dapat beribadah,kemudian selepas habis bulan Ramadhan,lelaki yang kedua tadi pun meninggal,tapi bukanlah mati syahid macam lelaki yang pertama tadi..
suatu hari seorang sahabat bernama 'Talhah bin ubaidillah' bermimpi,dia nampak lelaki yang kedua tadi masuk ke dalam syurga dan kekal di dalam syurga,selang beberapa masa,Talhah nampak lelaki pertama yang mati syahid tadi pula yang masuk ke dalam syurga..Na ringkaskan cerita,Talhah akhirnya tersedar daripada tidur dan dia rasa pelik dan aneh,kenapa dalam mimpinya lelaki yang kedua mati itu terlebih dahulu masuk kedalam syura dan diikuti lelaki yang pertama tadi,sedangkan lelaki yang mati dahulu,lelaki yang pertama tadi dan mati syahid pulak tu..kenapa lelaki kedua yang masuk syurga dulu..Talhah pun ceritakan mimpinya kepada sahabat-sahabat yang lain sehinggalah samapai ke telinga Rasulullah ...Rasulullah berkata kepada mereka.."kenapalah kamus semua nak rasa pelik sekiranya lelaki yang kedua yang masuk ke dalam syurga terlebih dahulu..Maka sahabat menjawab:"ya Rasulullah,mestilah kami rasa pelik,sedangkan lelaki yang pertama mati lebih awal dan mati syahid,bukankah mati syahid tiada tempatnya selain syurga,tetapi kenapa dia masuk lebih kemudian berbanding lelaki yang kedua itu?"
Maka Rasulullah berkata kepada mereka :"kedua-dua lelaki itu mempunyai beza seperti langit dan bumi,lelaki yang kedua tersebut dapat melalui dan sempat berada dalam bulan Ramadhan(bulan Rahmat)sehingga hujung usianya,manakala lelaki pertama tadi tidak sempat melalui Ramadhan"
Nampak tak,betapa mulianya bulan Ramadhan ini,jadi,hargailah baki yang hanya tinggal dalam 25 hari sahaja lagi ini,ubahlah segalanya sebelum terlambat...Ayuhlah beramal beribadah bersungguh-sungguh kepada Allah pada bulan ini dan kekalkanlah amal ibadah kita pada bulan- bulan yang seterusnya...
Ma'assalamah;
semoga kita senantiasa diberkati dan dirahmati Allah :)
Salam Ramadhan Kareem , Sanah ;) Puasa penuh eh tahun ni kehkeh
ReplyDeletesalam ramadhan juga,in sha Allah,puasa penuh juga ye nisa..Ameen!!
Delete